Saturday, 15 December 2012


Ternakan ayam kampung





Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.

Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban.
 Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.





KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Ayam kampong boleh dibiakkan sepanjang tahun. Ia bukan ternakkan bermusim. Kitaran penternakan memerlukan jadual yang fleksibel. Ayam kampong boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang. Ia boleh mencari sumber makanan sendiri. Permakanan untuk ayam kampong tidak terhad.Sisa makanan rumah boleh  juga diberikan tanpa had. 

Ibu ayam dapat menetaskan telur dengan sendirinya. ia boleh membiak dengan banyak, jika telurnya tidak diambil. seekor ayam boleh bertelur secara purata 10 butir. Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah . 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat gunakan peralatan makan/minum yang murah.

Selamat mencuba.




Wednesday, 14 November 2012


Teknik dan Panduan Menternak Ikan Keli Dalam Tangki Polythelene.

Ternakan Ikan dalam tangki Polythelene  merupakan sistem ternakan alternatif kepada sistem-sistem ternakan air tawar yang lain. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan ruang kawasan yang luas, tidak perlu membina kolam, kurang tenaga buruh dan boleh dijadikan sebagai hobi untuk memperolehi pendapatan secara sampingan. Walau bagaimanapun sistem ini hanya sesuai kepada ternakan spesis ikan keli (Clarias gariepinus), puyu, tilapia serta beberapa spesis ikan hiasan yang lain. 
Terdapat dua jenis reka bentuk tangki  iaitu berbentuk segiempat sama dan bulat yang bersaiz antara satu hingga lima tan metrik dalam dua jenis warna hitam dan biru. Penternak digalakkan menggunakan tangki berwarna biru kerana senang untuk melihat tumbesaran ikan dan mengesan kekotoran berbanding dengan tangki berwarna hitam. Untuk tujuan ternakan ikan, tangki berbentuk bulat digalakkan, manakala asuhan benih ikan tangki berbentuk segiempat sama digalakkan. 
Untuk menyediakan tangki baru sebelum memulakan ternakan, langkah2 berikut perlu diambil:
  • Tangki yang baru diperolehi perlu dibersihkan dengan teliti agar bahan kimia tidak memberi kesan negatif kepada benih ikan yang dilepaskan

  • Tangki baru perlu diisi dengan air yang bersih sehingga keparas maksimum dan dibiarkan selama seminggu untuk menyahkan kesan bahan kimia. Adalah lebih baik jika air dialirkan terus untuk mengurangkan kesan toksik.
Untuk Tangki yang telah lama digunakan beberapa langkah perlu diambil:
  • Selepas kutipan hasil dijalankan, dinding dan dasar tangki perlu dibersihkan untuk membuang lumut, najis dan sisa makanan.
  • Tangki dicuci dengan larutan garam berkepekatan 10gram/liter dan jemur selama 2 hingga 3 jam untuk membunuh parasit agen penyakit. Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan.
Langkah-langkah berikut perlu diambil sebelum memasukkan air kedalam tangki:
  • Sebelum memasukkan air, tangki dan sistem diperiksa bagi memastikan tiada sebarang kebocoran.

  • Masukkan air bersih sedalam 15cm dan tambahkan dengan 15cm air hijau supaya paras air menjadi 30cm

  • Tambahkan satu liter Efektif Mikroorganisma-EMAS 2 kedalam tangki ternakan untuk meningkatkan mutu air dan memperkayakan kandungan plankton yang merupakan makanan semulajadikepada ikan ternakan.
Bagi benih ikan keli bersaiz 10gram seekor atau 7.5cm, kadar yang sesuai adalah antara 150 ekor hingga 200 ekor semeter persegi. Biasanya benih keli dibungkus di dalam beg plastik dan berisi gas oksigen. Rendam beg plastik selama setengah jam atau sehingga suhu air kedua-duanya sama. Buka beg plastik dan lepaskan benih kedalam tangki ternakan.
Makanan rumusan yang terdiri dari pelet starter yang mengandungi 30-32% protein adalah disyorkan dalam ternakan keli dalam tangki dengan kadar pemberian seperti berikut:
Umur ikan dan Peratus dari berat badan (%)
1-20 (5%)
21-40 (4%)
41-60 (3%)
61-80 (3%)
Kadar penukaran makanan (FCR) bagi keli adalah 2.0-2.51:1. Ini bermaksud dua hingga 2.5 kilogram pelet diperlukan untuk menghasilkan satu kilogram ikan keli. Anggarkan bilangan ikan yang masih terdapat dalam tangki dan didarabkan berat purata dengan bilangan ikan untuk mendapatkan jumlah berat ikan. Darabkan jumlah berat ikan dengan kadar pemberian makanan untuk mendapatkan jumlah yang perlu diberi sehari bagi 14 hari berikutnya.
Contoh pengiraan:
Katakan purata berat seekor ikan adalah 50gram. Andaikan terdapat 350 ekor ikan dalam tangki. Maka jumlah berat ikan adalah 350 ekor X 50gram = 17.5kg
Katakan kadar pemberian makanan adalah 5%, maka jumlah makanan sehari adalah 5% X 17.5kg = 0.85kg, atau 875gram. Ini bermakna jumlah makanan yang perlu diberi adalah sebanyak 875g, sehari selama 14hari berikutnya.
Selepas 14hari buat lagi persampelan untuk menentukan jumlah makanan yang diperlukan untuk 14 hari berikutnya. Proses ini diulangi sehingga 14 hari sebelum kutipan hasil dijalankan.
Makanan tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 437.5gram diberi pada sebelah pagi dan 437.5gram diberi pada sebelah petang pada jam 6.00 ptg. Makanan perlu diberi pada waktu senja kerana pada masa itu ikan keli sedang aktif dan kadar metabolisme adalah tinggi bagi membantu meningkatkan penghadaman. Makanan juga boleh direndam didalam EM untuk mempercepatkan tumbesaran ikan.
Makanan diberi secara menabur sedikit demi sedikit sehingga habis dimakan oleh ikan . Semasa makanan diberi, penternak boleh memantau pembesaran dan kesihatan ikan. Jangan beri makanan kepada ikan ketika cuaca mendung dan hujan lebat. Ini adalah kerana ikan tidak aktif jika suhu air menjadi rendah dan ini membazirkan dan mengotorkan tangki ikan.
Tangki perlu ditutup untuk mengelakkan perubahan suhu yang terlampau ketika hujan lebat. Jika julat suhu terlampau berbeza, ikan akan menjadi stress dan akan mudah diserang parasit atau agen penyakit lain. Manakala jika terlampau terdedah kepada cahaya matahari, ikan akan mendapat penyakit lecur kulit kerana air menjadi panas. Untuk mengatasi masalah ini, tangki perlu dilindungi dengan jaring orkid dengan kadar penembusan cahaya sebanyak 50%.

petikan: http://menternakikan.blogspot.com/


Perikanan











TERNAKAN IKAN TILAPIA


 TAPAK DAN PEMILIHAN
Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :
i. Suhu air - 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )ii. pH air - 6-8iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppmiv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppmv. Ammonia - kurang dari 1.0 ppmvi. Kemasinan - 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.



REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.



PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.



PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’.



KADAR PELEPASAN BENIH
Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .



KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.



PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).



PEMASARAN IKAN TILAPIA
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.


Dipetik dari kebunwarisan.blogspot.com

Wednesday, 10 October 2012

sosial


Kayuhan Kampung Gebok, Kampung Gagu,  Negeri Sembilan. 

Tujuan kayuhan ini adalah untuk menjelajah beberapa kampung disekitar Daerah Pajam, Negeri Sembilan. Disamping itu juga mengenal masyarakat kampung sebagaimana kami memperkenalkan diri kami dengan aktiviti sihat, berbasikal. 

Negeri Sembilan, khususnya Daerah Pajam mempunyai rupa bumi yang beralun, tanah berbukit landai. Kaya dengan kehijauan semula jadi. Aktiviti pertanian yang berbagai boleh diperhatikan di kawasan ini.

 Perikanan komersial, dusun buah buahan pokok gaharu, 'dragon fruit", adalah petunjuk bahawa daerah Pajam mempunyai minda pertanian yang versatile.                                                              



UNTUKMU MALAYSIA

Sebuah perjalanan, berperaturan, berilmu.


Wednesday, 28 March 2012

Mengenali Desa Dan Menjalin Ukhwah Persaudaraan Islam




Pada 28-29 Januari 2012, satu program telah dilaksanakan bagi tujuan mengenali desa dan menjalinkan ukhwah persaudaraan Islam. Program ini merupakan suatu usaha untuk menyatu dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat di samping membentuk kerjasama erat bagi menjayakan suatu matlamat kepada kesejahteraan negara secara bersama.


Program ini melibatkan pelbagai pihak yangmana Kg Gagu selaku tuan rumah, Kg Larong, Kg Dulang dan Kg Kemin menjadi penganjur bersama dengan sokongan Kelab Associated Cyclosportif Trekkers ( ACT ),  Polis Diraja Malaysia Daerah Jelebu, Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, Pejabat Belia Daerah, Jabatan Pertahanan Awam, Penghulu Mukim Ulu Teriang, Penghulu Mukim Klawang, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan(PKNNS), Yayasan At-Tarbiah Malaysia, Kelab Prostar Jelebu dan Pasoh Satu Cycle Club(PSCC).






 TAKLIMAT KEUSAHAWANAN SEMPENA PROGRAM KAYUHAN CINTA DESA JELEBU 2012




Perjalanan Program







Saturday, 24 March 2012

Kebun Rusa

 Kebun Rusa
Pulau Meranti, bukanlah sebuah pulau yang sebenarnya sebuah pulau. Lokasinya berhampiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Namun ada yang istimewa dengan Pulau meranti sebab ada kebun rusa. Sesuatu yang boleh menarik untuk mengenal haiwan liar yang diternak ini. Juga boleh belajar sesuatu tentangnya. Berada dikebun rusa, berikut adalah yang sempat dipelajari.


Tabiat biasa dan habitat rusa :
  1. Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan (semulajadi). Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa ;
  2. Rusa lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar. Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padok atau kawasan pemagaran. Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa ;
  3. Untuk mengekalkan kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok besar dan renek juga seharusnya dikekalkan dan jangan ditebang. Hal ini kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang ;
  4. Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang ;
  5. Persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air, maka kemudahan ini perlu disediakan ;
  6. Perhubungan antara manusia (penternak) dan rusa perlu dipupuk seperti menyediakan pondok kecil dalam kawasan ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah liar rusa dapat dikurangkan.


    Kalau singgah di Pulau meranti, jangan lupa kunjungi 'kebun rusa'.

Anak pokok gaharu

Gaharu@Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunyaPokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya. kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.
Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi. Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan. Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.